Wednesday, September 18, 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Tips untuk kekal sihat, ceria dan berjaya #1: 

Jaga pemakanan kita. Makan makanan seimbang mengikut keperluan. Ambil juga makanan tambahan bagi mengisi lompong-lompong nutrisi yang tiada dalam hidangan makanan kita.


Bukan sahaja makanan zahir, makanan rohani juga perlu dititik beratkan. Kita hidup kerana apa? Bukan hidup untuk makan ya, tetapi makan untuk hidup. Supaya bertenaga untuk beribadat.


Bila solat tidak dijaga, jangan ditanya kenapa hidup tidak pernah berjaya. Sebab kunci kejayaan seseorang itu adalah dengan menjaga solatnya.