Saturday, November 2, 2019

Apa Itu Kolostrum Lembu (Bovine Colostrum)?

Kolostrum adalah cairan pra susu yang dihasilkan oleh lembu betina dalam 48 jam pertama selepas melahirkan anak. Kolostrum mengandungi faktor imunisasi tubuh (Immunization Factors), faktor pertumbuhan (Growth Factors) dan faktor nutrisi (Nutrient Factors) yang sangat diperlukan oleh manusia.


Kolostrum sangat penting bagi manusia dalam pembinaan dan meningkatkan sistem antibodi dan memberikan faktor pertumbuhan yang optimum kepada manusia khususnya bayi. Kolostrum juga sangat membantu dalam melindungi manusia daripada pendedahan terhadap jangkitan penyakit, memberikan tenaga dan juga kesihatan yang menyeluruh untuk aktiviti kehidupan seharian. 

Pakar Immunology, Dr. Albert Sabin menggunakan kolostrum lembu (Bovine Colostrum) sebagai bahan utama untuk menghasilkan Immunoglobulin yang dapat melawan penyakit, khususnya penyakit polio. Namun, ianya digantikan dengan vaksin disebabkan harga kolostrum yang agak tinggi walaupun kesan kolostrum sebenarnya lebih bagus dalam melawan penyakit.



Menurut kajian saintifik, susu kolostrum lembu merupakan kolostrum yang paling mirip dengan komposisi kolostrum susu ibu manusia malah mempunyai faktor immunisasi empat kali ganda lebih tinggi berbanding kolostrum manusia.


"C2Joy - Milk That Changes Your Life"

Pengedar sah C2Joy
Asma - 019-60267343

Wednesday, September 18, 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Tips untuk kekal sihat, ceria dan berjaya #1: 

Jaga pemakanan kita. Makan makanan seimbang mengikut keperluan. Ambil juga makanan tambahan bagi mengisi lompong-lompong nutrisi yang tiada dalam hidangan makanan kita.


Bukan sahaja makanan zahir, makanan rohani juga perlu dititik beratkan. Kita hidup kerana apa? Bukan hidup untuk makan ya, tetapi makan untuk hidup. Supaya bertenaga untuk beribadat.


Bila solat tidak dijaga, jangan ditanya kenapa hidup tidak pernah berjaya. Sebab kunci kejayaan seseorang itu adalah dengan menjaga solatnya.